Sunday 26 May 2013

Rabu itu

Jarang-jarang dapat tengok pemandangan yang cantik camni time petang-petang. Biasanya kan panas terik sampai silau-silau mata nak drive. Tapi pada petang rabu itu ( cewah ), yang tak berapa panas, mendung, angin pun sepoi2, maka terlihat lah pemandangan yang cantik ni. Ambik kamera fon, pastu snap. hehe. Jangan bagi tau polis tau. :-D


Petang 22 May 2013

Monday 6 May 2013

Kelebihan Bersedekah

Bersedekah Memurahkan Rezeki

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : '' Wahai sekalian manusia, dan banyakkanlah sedekah secara sembunyi atau terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah dan di gantikan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.'' ( Riwayat Ibnu Majah )

Bersedekah Menolak Bala Bencana

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : '' Segeralah kamu bersedekah kerana bala bencana tidak akan dapat melangkahi sedekah.'' ( Riwayat Baihaqi )

Bersedekah Menghapuskan Dosa

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : ''Sedekah pula menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api.'' ( Riwayat Ibnu Majah )




p/s : Sedekah tidak semestinya dalam bentuk harta benda semata-mata, tetapi juga terdapat dalam bentuk lain seperti : meluangkan masa untuk perkara2 yang berfaedah, menyebarkan ilmu yang bermanfaat, tolong menolong dan sebagainya. Dan jangan lupa, senyum juga adalah satu sedekah. So, marilah kita bersenyum senyum :-)