Sunday 29 September 2013

3 Masalah Kewangan Kini Selesai !


S : Teman saya mengadakan majlis hari jadinya di kafe mahal, tapi saya tak mampu untuk hadirinya. Bolehkah saya menolak jemputannya ?

J : Ya. Alasan kukuh kamu adalah mengenai keadaan kewanganmu, bukan kerana dirinya. Jelaskan padanya bajet kamu ''terikat'' dan kamu tidak dapat hadirinya.


S : Teman sekerja ingin berkongsi hadiah untuk kelahiran bayi rakan sekerja lain. Bagaimana nak jelaskan yang saya tidak mempunyai bajet ?

J : Katakan yang kamu ada hadiah lain yang ingin diberi, atau cadangkan kepadanya untuk membeli hadiah yang lebih murah yang pernah disebut oleh ibu bayi berkenaan.


S : Ada tip untuk tampil bergaya di pejabat tetapi masih mengikut bajet ?

J : Beli beberapa pakaian asas - seperti seluar hitam, skirt hitam, kot gelap. Yang lain boleh di beli dengan harga berpatutan atau mengikut kemampuan anda. Hanya perlu suai padankan tanpa perlu memerlukan bajet yang banyak! 



Let yourself get control of the money. Do not let money control you :-)

Sunday 22 September 2013

Elak Persenda Isu Ultra Sensitif


Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya.....Justeru, pastikan gurau senda dan bicara kalian tidak melanggar batas susila perhubungan. Perkemaskan cinta anda dengan mengelakkan tiga isu berikut :

1. Memuji Bekas Teman Wanita

Tak siapa menafikan keistimewaan bekas teman wanita anda. Begitu pun, tidak bermakna kekasihmu berminat untuk ambil tahu. Malahan, satu pujian kecil yang kamu anggap tidak memberi sebarang makna, sudah memadai untuk mencetuskan konflik besar antara kalian.

Apabila kamu secara jenaka menyebut tentang kehebatan bekas teman wanitamu, atau memujinya berulang kali, si dia pasti tersinggung dan berasa rendah diri, seolah-olah dia tidak mampu menyaingi superwoman maha hebat itu.

2. Mempersenda Bentuk Badannya

Kebiasaannya, lelaki jarang rasa bersalah bila bercakap tentang berat dan bentuk badan teman wanita atau isteri. Hakikatnya, kamu mungkin tidak sedar bahawa, teguran mengenai amalan pemakanan si dia boleh berubah makna jika di tafsirkan sebagai jenaka yang mempersendakan tubuhnya kerana, ia boleh di anggap sebagai satu sindiran sinis.

3. Mengkritik Ibunya

Elakkan mengkritik atau mempersenda ibunya - biar pun sikapnya panas baran dan buruk perangai !. Kebanyakan individu mempunyai tahap kesetiaan ekstrem terhadap keluarga terdekat. Justeru, jika kamu sebagai orang luar dan cuba mempersendakan keluarganya, dia pasti naik angin atau berasa kecil hati kerana padanya, kamu tidak menghormati orang lain.

Oleh itu, jika si dia bergaduh besar dengan ibunya, elakkan masuk campur. Si dia mungkin senak perut ketawa bila kamu berjenaka spontan mempersendakan ibunya kala itu, tapi percayalah, sebaik kedua-duanya berbaik semula, si dia akan berdendam dengan jenakamu itu yang diibaratkan menuang minyak ke dalam api!





*article credit to Cosmopolitan Malaysia edisi April 2006 :-)

Sunday 15 September 2013

Cara Tangani Kekasih Baran


Fitrah semulajadi lelaki memang perlu menzahirkan kemarahan mereka. Di sebabkan itulah kamu biasa melihat si dia menumbuk komputer bila ia tidak berfungsi ( berbanding reboot ), atau melempar alat kawalan jauh bila ia tak berfungsi (sebelum memeriksa jika ia ada masalah bateri). Jangan risau, berikut adalah beberapa tips yang akan dapat membantu kamu mengendalikan perangai ala Hulk-nye tu.

1. Tunggu Sehingga Reda

Lupakan hasrat anda untuk cuba tenangkan dia yang sedang marah. Kerana dia mungkin mengubah tumpuan kemarahannya pada kamu pula. Selain itu, jangan pula cuba-cuba beralasan. Lelaki hilang perspektif bila sedang marah dan kebolehan untuk memahami logik juga terjejas. 

Langkah terbaik ? Tinggalkannya sendirian dan beri peluang untuk dia lepaskan kemarahan. Ia biasanya berterusan kurang setengah jam. Sebaik keadaan kembali reda, barulah sesuai untuk kalian berbincang mengenai apa yang telah berlaku.

2. Terangkan Permintaan Anda

Ada dua perkara tentang lelaki yang kamu perlu tahu. Pertama, mereka marah dan kemudiannya reda. Kedua, mereka tak ambil hati jika kemarahan itu tidak tertumpu pada mereka, dan tidak faham mengapa kamu pula yang mesti terasa. Justeru, pastikan si dia memahami punca kemarahannya mengganggu kamu. 

Sebaik kemarahannya reda, cuba katakan padanya, '' I nak you berhenti menjerit setiap kali ada benda yang tak kena ''. Ungkapan begitu lebih mudah di fahami, selain bersifat mencabarnya untuk lebih tenang bila berhadapan kekecewaan - demi kamu.

3. Nyatakan Sempadanmu

Ada kala, dia mungkin tak mampu menahan kemarahannya. Tapi itu sebenarnya masih ok selagi tidak di lempiaskan kepada kamu. Sebaik sahaja reda, dia mungkin rasa bersalah dan akan segera mendekati kamu semula. 

Apa pun, jika kemarahannya kerap berulang biar pun selepas di protes, cuba ulangi trick yang di paparkan di sini - tapi pada masa yang lebih sesuai. Elakkan berbincang sebaik kemarahannya baru reda, tetapi pilih waktu lebih neutral dan juga keadaan lebih relaks. Beritahu yang kamu tidak selesa dengan sikap panas barannya dan tak mahu berada dalam satu hubungan yang memberi tekanan kepada kamu. Jika dia tidak boleh atau tidak mahu berubah, tanyakan dirimu, ''BOLEHKAH AKU HIDUP DENGAN PANAS BARANNYA ATAU IA PERLU BERAKHIR DI SINI SAJA ?''. Hanya kamu ada jawapannya.



Gulp!




* article credit to Cosmopolitan Malaysia edisi April 2006. :-)

Random by cikamal.com




Friday 13 September 2013

Tiga Cara Merawat Mata Sembab

Hari yang panas atau kerap tidur lewat boleh menyebabkan mata letih dan bengkak. Penawar mudah ini akan segarkan semula mata anda dalam tempoh 10 minit.

1. Benar, sebungkus kacang pea beku akan mengecutkan saluran darah yang bengkak. Tambahan pula, bungkusan ini melentur mengikut bentuk wajah anda bila ia di lekapkan pada mata.


wat makan pon sodap ni....hehe

2. Atas sebab yang sama, krim mata anda juga akan bekerja lebih keras untuk berusaha mengecutkan mata yang sembab apabila ia di sejukkan terlebih dahulu di dalam peti ais. Tidak pun, pilih rumusan gel untuk menyejukkan kulit.

Krim mata pilihan saya. :-)

3. Uncang teh sejuk juga akan menyurutkan sembab kerana teh adalah pengurang bengkak semula jadi. Simpan beberapa uncang basah di dalam beg plastik dan masukkan ke dalam peti ais. Guna bila perlu.


Pagi2 sarapan minum teh. Pastu uncang dia bole simpan kat peti sejuk. Pastu malam2 leh pakai kat mata. Itu pon kalo ingat la. Haha!

Selamat Mencuba!

* article credit to Cosmopolitan Malaysia edisi April 2006. :-)



Thursday 5 September 2013

Panduan Kerjaya Gemilang

Sistem berkesan untuk imbangkan masa antara kerjaya dan kehidupan peribadi : Buku Nota !
Ia memudahkan kamu melihat senarai perlu buat dan tarikh akhir tugasan. Apabila kamu dapat melihat tugasan 'terbentang' di hadapan mata kamu, labih mudahlah untuk kamu menggenggam kehidupan yang lebih fabulous dan kerjaya yang lebih bersinar!

Comey lak sticky note ni...




p/s : article credit to Cosmopolitan Malaysia edisi Mac 2011 :-)