Tuesday 29 January 2013

Kata-kata Motivasi # 4

Kesilapan adalah bukti yang menunjukkan bahawa anda sedang berusaha. Oleh itu. jangan pernah mengaku kalah dan teruskan mencuba sehingga berjaya :-)




Monday 28 January 2013

Dream Home - Subtle Tones & Modern Contemporary

Assalamualaikum :-)

Entry kali ni, saya nk share jugak berkaitan rumah. Sebab suka ngn hiasan dalaman, so tak leh menahan diri daripada tidak mengepost gambar2 rumah ni. Sambil2 tu, leh share2 idea ngn korang kan. hehe..

Untuk first interior, tema nye macam ala2 simple gitu, tapi still bermain dengan dekorasi2 & perabot2 yg tepat. Huhu....cantik nye lahai





More pictures, just Click Here


Dan untuk 2nd interior, temanya adalah modern contemporary. Style macam ni is one of my favorite jugak. Senang crite, sumenye pon favorite je. Huhu. Jom tengok pic kat bawah.....





More pictures, just Click Here

Big credit to HOME DESIGNING ( Home & Interior Design Ideas ) Site :-)




Thursday 24 January 2013

Dream Home - Landscape Design for Country and City Dwellings

Assalamualaikum :-)

Sebut pasal rumah, sape yang tak suke rumah kan. Kadang2 diri ini berangan rangan untuk memiliki sebuah rumah idaman. Tapi berangan je la. Nak beli sendiri confirm2 tak mampu ( namun diri ini tetap bersyukur dgn rumah ku syurgaku sekarang.. hehe )

Tapi point yg penting adalah tahap kreativiti seseorang tu, yang bole mengubah rupa dalam sesebuah rumah. Tak kira la rumah tu kecik ke, besar ke, flat ke, teres ke, banglo ke. Tapi kalo pandai main ngn kaler cat, kombinasikan perabot yang sesuai, ada kreativiti berhias, pandai main dengan ruang, tak mustahil rumah yg sekecik2 bilik saya ni, bole jadi sebesar2 bukan bilik saya ni. Hah ( ayat pusing-pusing di situ )

Di sebabkan saya ni teramatlah suka dengan benda-benda yang berkaitan dengan hiasan dalaman rumah ni, oleh itu, meh sini saya share kan sikit2 idea-idea untuk mengubah ( tak banyak, sikit pon jadilah kan ) serba sedikit apa yang boleh di ubah pada kediaman tuan-tuan dan puan-puan. Tak payah tunggu raya pon, rumah kena sentiasa cantik kan. Barulah hati tenang jiwa girang bila balik keje ke, out station ke....kan kan. Tapi kalo rumah ada anak-anak kecik, pandai-pandai la ye. hehe

So, marilah kita mencuci mata melihat keindahan landskap-landskap / interior design kat bawah ni yang bertemakan ' Landscape Design for Country and City Dwellings '





Marilah mari Click sini kalau nak tengok contoh-contoh design landskap yang lain...very sangat the indah :-D


Big credit to HOME DESIGNING ( Home & Interior Design Ideas ) Site :-)