Saturday 27 July 2013

D.I.Y Card

Assalamualaikum 

Sedang saya duduk duduk depan pc, sambil belek2 kertas warna warni, tiba-tiba kan, tercetus la sebijik idea. Idea oh idea. Idea nak buat kad secara DIY ( do it yourself ) cewah! Titibe kan idea ni datang. Saje nak share share. Mana tau bila korang tengok DIY kad ni, titibe korg pon akan mencetuskan sebijik idea jugak. Haha.


Cane ek nak wat kad2 ni. Cane ek ? cane ek ? Hehe. 

Cane ek ? cane ek ? 

1. Pilih kertas A4 yang berwarna.
2. Lipat 2 kertas A4 tersebut dan potong menjadi 2 bahagian.
3. Lipat sekali lagi kertas A4 yang dah di potong tadi, supaya menjadi seperti kad.


4. Tebuk lubang di bahagian tepi kertas-kertas tadi.

5. Kertas-kertas yang di tebuk tadi akan menjadi seperti ini. 

6. Baki yang di tebuk tadi jangan di buang. 

7. Sila simpan baki2 kertas ini untuk kegunaan lain. Heee

8. Ulang step 2 & 3 untuk masukkan kertas A4 putih di bahagian dalam, dan tampal menggunakan double tape.
9. Design kad anda mengikut kreativiti.
10. Anda boleh menggunakan semula (langkah 7), untuk seperti kad yang berada di tengah.


Close up.

Ni versi simple je. Hehe

Selamat mencuba :-)

Thanks for viewing this entry :-)


Thursday 18 July 2013

Rak Kasut Impian


Kasut oh kasut. Kenapa engkau kasut. T_T ( Sebnanye tak tau nak nanges sebab kasut ke, atau sebab rak kasut ). Kalaulah kasut aku banyak macam kat bawah ni, sah sah aku bukak kedai kasut teros. Hah

Tapi masaalahnye sekarang, kalo kasut ada banyak pon tak guna kalo tak de tempat letak kasut yang proper. Takkan nak biarkan kasut-kasut membanjiri kawasan rumah.  Betol tak. Betol ke tak ?? Jawab la. Please. Haha...

Kalau ada rak kasut yang khas macam pic bawah ni, hari-hari aku lap bersih2 semua kasut dengan rak-rak skali ( eh bukan makin malas ke nak lap sebab rak tu besar and tinggi ? ) kekekeke.....

p/s : Perlu ke aku buat entry ni ? sebab kasut aku ada sepasang 2 je. Dush dush


Gambar ehsan from google je :-)

Thursday 11 July 2013

Fadhilat Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim

Fadhilat Ramadhan

Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."


Tuesday 9 July 2013

Menjelang Ramadhan

Assalamualaikum.

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua rakan2 bloggers dan seluruh umat Islam semua. :-) Pejam celik pejam celik, skejap je rasa dah masok bulan Ramadhan balik. Rasa mcm baru smalam je makan nasik impit ngn rendang sambil tengok kartun boboiboy kat tv3 masa raya pertama. Padahal itu peristiwa  tahun lepas. Haha...tup tup....titibe dah masok Ramadhan balik.

So, apa azam korang untuk Ramadhan kali ni ? Hehe. Bulan Ramadhan pon bole pasang azam jugak kan. Azam untuk kita berlumba2 untuk wat amal ibadah dalam bulan puasa ni. Sebab, anything yang kita buat, pahalanya berlipat2 kali ganda. Bukan bulan-bulan lain pahalanya tak masyuk....huhu...tapi, paham2 lah.....dengan tahap kelekaan kita dengan benda2 duniawi ni, hehehe ( hehehe ada makna tu. hehehe ), so, yang adoooo je la kan....

Apa yang penting, sama-sama kita muhasabah diri, kurangkan pembaziran dlm bulan puasa ni, mohon keampunan banyak2 dari Allah, berbuat baik sesama makhluk, tingkatkan amal ibadah, banyakkan berzikir dan jugak sifat2 mahmudah yang lain. InsyaAllah :-)