Saturday, 27 July 2013

D.I.Y Card

Assalamualaikum 

Sedang saya duduk duduk depan pc, sambil belek2 kertas warna warni, tiba-tiba kan, tercetus la sebijik idea. Idea oh idea. Idea nak buat kad secara DIY ( do it yourself ) cewah! Titibe kan idea ni datang. Saje nak share share. Mana tau bila korang tengok DIY kad ni, titibe korg pon akan mencetuskan sebijik idea jugak. Haha.


Cane ek nak wat kad2 ni. Cane ek ? cane ek ? Hehe. 

Cane ek ? cane ek ? 

1. Pilih kertas A4 yang berwarna.
2. Lipat 2 kertas A4 tersebut dan potong menjadi 2 bahagian.
3. Lipat sekali lagi kertas A4 yang dah di potong tadi, supaya menjadi seperti kad.


4. Tebuk lubang di bahagian tepi kertas-kertas tadi.

5. Kertas-kertas yang di tebuk tadi akan menjadi seperti ini. 

6. Baki yang di tebuk tadi jangan di buang. 

7. Sila simpan baki2 kertas ini untuk kegunaan lain. Heee

8. Ulang step 2 & 3 untuk masukkan kertas A4 putih di bahagian dalam, dan tampal menggunakan double tape.
9. Design kad anda mengikut kreativiti.
10. Anda boleh menggunakan semula (langkah 7), untuk seperti kad yang berada di tengah.


Close up.

Ni versi simple je. Hehe

Selamat mencuba :-)

Thanks for viewing this entry :-)


2 comments: