Sunday 22 September 2013

Elak Persenda Isu Ultra Sensitif


Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya.....Justeru, pastikan gurau senda dan bicara kalian tidak melanggar batas susila perhubungan. Perkemaskan cinta anda dengan mengelakkan tiga isu berikut :

1. Memuji Bekas Teman Wanita

Tak siapa menafikan keistimewaan bekas teman wanita anda. Begitu pun, tidak bermakna kekasihmu berminat untuk ambil tahu. Malahan, satu pujian kecil yang kamu anggap tidak memberi sebarang makna, sudah memadai untuk mencetuskan konflik besar antara kalian.

Apabila kamu secara jenaka menyebut tentang kehebatan bekas teman wanitamu, atau memujinya berulang kali, si dia pasti tersinggung dan berasa rendah diri, seolah-olah dia tidak mampu menyaingi superwoman maha hebat itu.

2. Mempersenda Bentuk Badannya

Kebiasaannya, lelaki jarang rasa bersalah bila bercakap tentang berat dan bentuk badan teman wanita atau isteri. Hakikatnya, kamu mungkin tidak sedar bahawa, teguran mengenai amalan pemakanan si dia boleh berubah makna jika di tafsirkan sebagai jenaka yang mempersendakan tubuhnya kerana, ia boleh di anggap sebagai satu sindiran sinis.

3. Mengkritik Ibunya

Elakkan mengkritik atau mempersenda ibunya - biar pun sikapnya panas baran dan buruk perangai !. Kebanyakan individu mempunyai tahap kesetiaan ekstrem terhadap keluarga terdekat. Justeru, jika kamu sebagai orang luar dan cuba mempersendakan keluarganya, dia pasti naik angin atau berasa kecil hati kerana padanya, kamu tidak menghormati orang lain.

Oleh itu, jika si dia bergaduh besar dengan ibunya, elakkan masuk campur. Si dia mungkin senak perut ketawa bila kamu berjenaka spontan mempersendakan ibunya kala itu, tapi percayalah, sebaik kedua-duanya berbaik semula, si dia akan berdendam dengan jenakamu itu yang diibaratkan menuang minyak ke dalam api!





*article credit to Cosmopolitan Malaysia edisi April 2006 :-)

No comments:

Post a Comment