Bismillahirrahmanirrahim
Fadhilat Ramadhan
Hadith
1
Abu
Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku
telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan
kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang
berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi.
Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah
mereka berbuka puasa".
Allah
mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian
berfirman kepadanya: "Masanya
telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala
halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada
bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka
ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain
Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan
diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai
Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah
SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan
setelah menyempurnakan tugasnya."
Hadith
2
Ubadah
Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari
ketika Ramadhan hampir menjelang:
"Telah datang
kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan
keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa
kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan
berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada
Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah
dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith
3
Abu
Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap
hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan
begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada
setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadith
4
Abu
Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat
tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang
berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang
yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan
membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah
demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa
nanti."
Hadith
5
Ibn
Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya
Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Hadith
6
Abu
Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa
berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi
syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari
tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
Nak Kad Raya FREE? Meh singgah sini kalau belum join k ^_^ "GA Kad Raya 2013 by EJulz"
ReplyDelete=) siapa tak puasa babap kang! hikhik...
ReplyDeleteselamat berpuasa Dyah.. =)
jemput singgah blog (n_n)v
:-)
Delete