Sunday 15 September 2013

Cara Tangani Kekasih Baran


Fitrah semulajadi lelaki memang perlu menzahirkan kemarahan mereka. Di sebabkan itulah kamu biasa melihat si dia menumbuk komputer bila ia tidak berfungsi ( berbanding reboot ), atau melempar alat kawalan jauh bila ia tak berfungsi (sebelum memeriksa jika ia ada masalah bateri). Jangan risau, berikut adalah beberapa tips yang akan dapat membantu kamu mengendalikan perangai ala Hulk-nye tu.

1. Tunggu Sehingga Reda

Lupakan hasrat anda untuk cuba tenangkan dia yang sedang marah. Kerana dia mungkin mengubah tumpuan kemarahannya pada kamu pula. Selain itu, jangan pula cuba-cuba beralasan. Lelaki hilang perspektif bila sedang marah dan kebolehan untuk memahami logik juga terjejas. 

Langkah terbaik ? Tinggalkannya sendirian dan beri peluang untuk dia lepaskan kemarahan. Ia biasanya berterusan kurang setengah jam. Sebaik keadaan kembali reda, barulah sesuai untuk kalian berbincang mengenai apa yang telah berlaku.

2. Terangkan Permintaan Anda

Ada dua perkara tentang lelaki yang kamu perlu tahu. Pertama, mereka marah dan kemudiannya reda. Kedua, mereka tak ambil hati jika kemarahan itu tidak tertumpu pada mereka, dan tidak faham mengapa kamu pula yang mesti terasa. Justeru, pastikan si dia memahami punca kemarahannya mengganggu kamu. 

Sebaik kemarahannya reda, cuba katakan padanya, '' I nak you berhenti menjerit setiap kali ada benda yang tak kena ''. Ungkapan begitu lebih mudah di fahami, selain bersifat mencabarnya untuk lebih tenang bila berhadapan kekecewaan - demi kamu.

3. Nyatakan Sempadanmu

Ada kala, dia mungkin tak mampu menahan kemarahannya. Tapi itu sebenarnya masih ok selagi tidak di lempiaskan kepada kamu. Sebaik sahaja reda, dia mungkin rasa bersalah dan akan segera mendekati kamu semula. 

Apa pun, jika kemarahannya kerap berulang biar pun selepas di protes, cuba ulangi trick yang di paparkan di sini - tapi pada masa yang lebih sesuai. Elakkan berbincang sebaik kemarahannya baru reda, tetapi pilih waktu lebih neutral dan juga keadaan lebih relaks. Beritahu yang kamu tidak selesa dengan sikap panas barannya dan tak mahu berada dalam satu hubungan yang memberi tekanan kepada kamu. Jika dia tidak boleh atau tidak mahu berubah, tanyakan dirimu, ''BOLEHKAH AKU HIDUP DENGAN PANAS BARANNYA ATAU IA PERLU BERAKHIR DI SINI SAJA ?''. Hanya kamu ada jawapannya.



Gulp!




* article credit to Cosmopolitan Malaysia edisi April 2006. :-)

4 comments: